Sunday, December 9, 2007

Berharap ianya suatu mimpi

6,dis 2007 lebih kurang kul 11.45 p.m aku sampai kat rumah selepas menghadiri kelas. sampai je depan pintu pagar rumah aku perhatikan ada sesuatu yang tak ade dalam pagar rumah ku itu. selepas aku amati, ya allah motorsikal yang aku baru beli 10 bulan lalu tak ade. apa lagi, aku terus masukdalam rumah dan bertanya pada wife yang sedang tidur.
sempat dia bercakap " ada la kat luar tu motor you! kenapa?". aku pon cakap kat dia, "mana ade!ade sesiapa pinjam ke?" pastu dia cakap lagi,"jangan nak buat lawak tengah malam buta ni..". aku tinggalkan dia dan turun semula kebawah. memang sah aku tak bermimpi motorsikal ku dah kena rembat.

aduh.. sakitnya hatiku, tak sampai setahun dua biji motorsikal aku kena rembat, aku tak kisah sangat motor yang hilang, tapi yang aku kisah macamana nak dapatkan lagi yang lain, mau makan modal 3-4 ribu kalau nak kuarkan motor 125ZR. napelah ramai sangat org yangsuke mencuri hak milik org lain nie. satu lagi, aku mesti mengalami kesukaran nak pergi kerja, sebab time tak de motor nie sure kena pakai keta. kena hantar wife dulu ke shah alam then baru pegi keje kat KL. azab dan cabaran tuh..

malam tu polis datang kat umah.. biasala just dengar statement dari aku dan dia suruh datang pondok buat report.. tapi bila aku pergi dan tunggu sampai kul dua.. haram sekor polis pon takde kat situ. so aku amik keputusan balik umah je dan tido. esok jela report lagi pon report mesti daam 24 jam.

sebelum tido malam tu.. rase sedih pon ade geram pon ade.. walau pon aku redha dengan dugaan ini tapi dalam hati kecil aku masih berharap sume ini hanya mimpi seperti yang pernah aku alami sebelum ini.. mimpi ilang motor. mungkin semua ini ada hikmah dan rahmat yang tuhan sembunyikan untuk kebaikan ku juga.. insyaallah.

semoga aku sentiasa teguh dan syukur segala rahmat dan dugaan yang tuhan berikan..

No comments: